Aku bersyukur dengan segala nikmat yang engkau berikan, Ya Allah. Aku bersyukur dengan perasaan yang engkau anugerahkan ini. Namun aku tidak kuat untuk terus menggenggam rasa ini. Setiap relung hati ini terasa sakit.
Ya Allah, engkau yang memberi rasa ini Ya Allah. Kini aku kembalikan rasa ini padamu. Ambillah kembali rasa sayang, kasih yang engkau pinjamkan buatku untuk dia. Agar aku lebih redha dengan Qada dan Qadar Mu.
Hapuskan setiap memori indah dan duka dalam fikirankan. Agar aku pasrah dengan takdirmu. Sesungguhnya aku hanya adaMu. Aku adaMu Ya Allah, tawarilah segenap rasa dihatiku dengan hikmahMU.
Aku milikMU.
LAMAN SESAWANG FADIYANUR
Cari Blog Ini
Khamis, 21 Mac 2019
Ahad, 17 Mac 2019
Cinta Dia 3
Aku berusaha menjadi kuat. Aku berusaha menjadi tabah. Aku berharap ditetapkan semangat dan lapangkan segala kesulitan.
Hari ini aku menangis lagi dan lagi. Aku cuba mengusir segala kegusaran ditangkai hati. Berharap namamu juga akan terkubur sama dalam kegusaran itu.
Aku berbisik pada hatiku, kuatlah. Engkau harus lebih kuat dari orang lain. Tabahlah, engkau harus lebih tabah dari orang lain. Redhalah, redha itu akan memberikan ketenangan buatmu. Setiap kali kegagalan itu datang. Aku terus berbisik. Berbisik dan berbisik. Aku berharap ada satu keajaiban berlaku. Aku dapat lupakan kau buat selamanya.
Namun disetiap sudut aku masih rindukan kau. Rindukan dia.

Sabtu, 16 Mac 2019
Cinta Dia 2
Aku masih sayang. Mungkin mudah untuk orang sekeliling mengatakan sabar, tetap kuat, tabah dan move on. Namun hati ini yang merasa, sakit, sedih, kecewa.
Bukan hati tidak melawan perasaan tu. Semakin aku lawan, semakin kuat perasaan tu. Aku berusaha melupakan dia, tapi dia tetap datang dalam ingatan.
Setiap kenangan menari-nari dalam fikiran. Setiap hari ada sahaja kenangan kami. Bagaimana aku dapat menyingkirkan dia jauh dari fikiran ku. Sungguh mudah mengungkapkan pergi. Mudah mengatakan benci. Dan hati tidak mudah berubah sekelip mata.
Aku berbisik pada hati aku. "Nyahkan segala rasa yang ada buat dia. Hilangkan dia dari memori. Lupuskan setiap kisah kami. Aku sakit, sakit yang teramat sakit.
Mudah engkau berbicara, kau kata aku seperti insan tiada pedoman. Kau merasa apa yang aku rasa kini. Kau campakkan aku jauh dari sisi kau.
Aku tahu kau sedang bahagia. Mudahnya kau move on. Aku berharap aku juga mudah untuk menghilangkan kau dari kamus hidup aku.
Namun semakin kuat rasa sayang buat diri kau. Aku nak kau tahu itu. Tapi aku yakin kau tidak akan pernah hiraukan aku lagi. Sudah benci katakan.

Jumaat, 15 Mac 2019
Cinta Dia (1)
Berulang kali aku disakiti. Namun aku tetap sayangkan dia. Aku berusaha membuang jauh segala ingatan dia. Setiapa kali aku berusaha membuangnya, semakin sakit yang aku rasa. Jujur aku masih sayang kau.
Hati ini hancur bila mengetahui engkau ada dia. Semua orang tidak mampu mengubah apa pun keputusan kau. Ia membuatkan aku lebih sakit. Kau membuatkan aku rasa sakit yang amat sakit.
Aku cuba mentenangkan hati, menghilangkan kau dari fikiran. Otak tetap ligat mengatur kau dalam memori. Kalau masih ada sayang, kembalilah. Kalau masih ada rindu sambutlah. Kalau masih ada cinta binalah. Aku masih sayang kau.
Aku masih sayang kau, sehingga kini...

Isnin, 12 Februari 2018
Sungguh kejam cinta itu
Berulang kali di sakiti, seakan serik menawarkan cinta pada sang arjuna. Masihkah diri mampu merasakan bahagia itu. Hingga kini masih tertanya erti cinta sejati.
Wal hal hati selalu menjerit ingin mencari pendamping hidup hingga ke syurga. Saat kenangan silam yang sering kecundang pada cinta, diri hanya mampu menangis. Mengapa tiada seorang lelaki yang jujur dan ikhlas pada diri ini.
Cinta itu benar ada. Cinta itu benar menyakitkan. Luka yang bertamu begitu mendalam. Sehingga diri sukar lagi untuk mempercayai cinta yang hadir. Akan adakah hati yang dapat merawat segala kelukaan dan kesakitan ini?

Rabu, 27 Disember 2017
Melepaskan Dia
Memikirkan dirinya cukup membuat aku sedih. Bagaimana untuk melepaskan dia? Aku sering berbisik pada hati aku sendiri. "Mengapa perlu menyedihi pada sesuatu perhubungan. Sedangkan hubungan sesama insan bersifat sementara." Kata-kata itu tidak dapat meleraikan sedih di hati.
Lagi sekali mata aku berkaca. Sakitnya tidak tertahan. Semakin berat aku fikirkan, semakin sukar aku melepaskan. Dan aku harus lepaskan. Bagaimana? Itu persoalan yang perlu aku leraikan.
Sayang tidak seharusnya bersatu. Cinta tidak bererti bersama. Harapan ingin melihat diri awak berubah menjadi lebih baik. Akan saya nantinya tiba. Berubahlah awak, hanya itu yang saya mahu. Bahagia dengan wanita yang lebih baik. Saya akan melihat awak dari jauh, mendoakan awak dalam diam. Awak terlalu saya sayang.
Melepaskan awak pergi, amat berat rasa di hati. Demi kebaikan semua, akan saya cekalkan sepenuhnya. Maafkan saya, tidak dapat menemani awak hingga hujung nafas saya. Semoga kita bertemu dan bersama di akhiratnya kelak. Awak yang saya sayang.

Sabtu, 9 Disember 2017
Mistik
Dunia mistik yang aku tidak tahu kewujudannya. Aku sering menyangkal, biar aku tahu dia ada disekitar aku. Dunia mistik yang membuat aku terus bertanda tanya. Adakah kewujadannya untuk menghancurkan? Atau untuk menjadi sebahagian antara kita? Apa niat mereka? Bagaimana untuk mengenali dan mengerti apa yang mereka cari? Dunia mistik, persoalan yang tidak mampu aku pecahkan? Terus berlegar di angkasa fikiran.
Ada waktu aku kebuntuan. Bagaimana untuk menghuraikannya. Dunia mistik, janganlah pernah hadir untuk menyakiti. Kita semua adalah mahluk Allah.

Langgan:
Catatan (Atom)