Cari Blog Ini

Rabu, 27 Disember 2017

Melepaskan Dia

Memikirkan dirinya cukup membuat aku sedih. Bagaimana untuk melepaskan dia? Aku sering berbisik pada hati aku sendiri. "Mengapa perlu menyedihi pada sesuatu perhubungan. Sedangkan hubungan sesama insan bersifat sementara." Kata-kata itu tidak dapat meleraikan sedih di hati.

Lagi sekali mata aku berkaca. Sakitnya tidak tertahan. Semakin berat aku fikirkan, semakin sukar aku melepaskan. Dan aku harus lepaskan. Bagaimana? Itu persoalan yang perlu aku leraikan.

Sayang tidak seharusnya bersatu. Cinta tidak bererti bersama. Harapan ingin melihat diri awak berubah menjadi lebih baik. Akan saya nantinya tiba. Berubahlah awak, hanya itu yang saya mahu. Bahagia dengan wanita yang lebih baik. Saya akan melihat awak dari jauh, mendoakan awak dalam diam. Awak terlalu saya sayang.

Melepaskan awak pergi, amat berat rasa di hati. Demi kebaikan semua, akan saya cekalkan sepenuhnya. Maafkan saya, tidak dapat menemani awak hingga hujung nafas saya. Semoga kita bertemu dan bersama di akhiratnya kelak. Awak yang saya sayang.

Sabtu, 9 Disember 2017

Mistik

Dunia mistik yang aku tidak tahu kewujudannya. Aku sering menyangkal, biar aku tahu dia ada disekitar aku. Dunia mistik yang membuat aku terus bertanda tanya. Adakah kewujadannya untuk menghancurkan? Atau untuk menjadi sebahagian antara kita? Apa niat mereka? Bagaimana untuk mengenali dan mengerti apa yang mereka cari? Dunia mistik, persoalan yang tidak mampu aku pecahkan? Terus berlegar di angkasa fikiran.

Ada waktu aku kebuntuan. Bagaimana untuk menghuraikannya. Dunia mistik, janganlah pernah hadir untuk menyakiti. Kita semua adalah mahluk Allah.

Rabu, 22 November 2017

JURNAL SURAYA (coretan terakhir)

Bertahun dia melawan kesakitan. Dia redah bila penyakitnya kembali menyerang. Kali ini, doktor tidak lagi memberi saranan agar dia membuat pemindahan tulang sumsum. Setelah percubaan pertamanya gagal. Doktor juga kata, kali ini sel-sel barah dalam badannya merebak dengan begitu cepat dari sebelumnya.


Konflik rumah tangga masih tiada surutnya. Itu juga faktor penyakitnya bertambah parah. Kuasa Allah lebih hebat. Konflik rumahtangganya hampir menemui insolusi terbaik. Bererti rasa sakitnya berhadapan keegoaan lelaki itu akan tamat. Itulah yang diharapkan Suraya.


Akhirnya, nokhta hidupnya telah tiba. Setelah melalui pelbagai rintangan. Kebahagiaan yang diimpikan, akankah dia temui? Pemergiannya, meninggalkan Jurnal Suraya dan harta yang sangat bermakna. Kekuatannya ada di dalam jiwa.

Jurnal ini terlahir dengan semangat dan kekuatannya. Agar kita sama-sama mendapat kekuatan itu, untuk hadapi segala ujian dari-Nya. Sesungguhnya janji Allah itu pasti.


Mari luncuri kisah Jurnal Suraya.
Di slot zehra setiap rabu-khamis, jam 9.00 malam.
Kisah yang memberi infak positif dalam hidup kita sangat sesuai di tonton oleh semua.



JURNAL SURAYA (coretan ke-3)

Jurnal Suraya... tegarnya hati seorang wanita meyakiti hati wanita lain. Ibu mertua yang dianggap seperti ibu sendiri. Seseorang yang di harap menjadi tempat dia berkongsi tangisan. Tempat dia merasa kasih seorang ibu. Namun bukan itu yang Suraya terima.
Benar kata orang, ibu mertua tidak sama seperti ibu sendiri. Biar kita mengasihi dia seperti ibu sendiri.

Saat ini, air mata menakung di tubir bibir, menanti saat untuk jatuh menyembam bumi. Suraya rasa berputus asa seketika. Bila ujian menimpa tiada sudahnya. Ingin dia berlari jauh dari rencana ini, dia berasa lemah sekali. Tiada sekelumit rasa simpati pada Suraya, menantu yang direstui itu. Ternyata hanyalah satu sandiwara untuk mengaut harta yang bukan haknya. Kerana harta dan wang ringgit, mata menjadi kelabu, hati menjadi hitam.

Penyakit yang mula beransur pulih, boleh menyerang semula pada bila-bila masa. Mampukah dia terus bertahan menghadapi segala rencana jahat ibu mertuanya dan suaminya? Mahligai ini masih akan menemui bahagia lagi?

Suraya, teruslah kuat, kerana engkau hambanya yang terpilih. Engkau wanita terhebat.

Selasa, 21 November 2017

JAGUNG CHESSS

Nak jadikan cerita semalam akak singgah kedai sepupu akak LOBminicafe di Dataran Peladang Sri Medan. Akak dengan rasa teruja mencuba jagung kukus chess yang tengah top meletop dekat kedai dia. Peh...tak dapat akak nak kata. Menyesal pun ada..

Menyesal sebab beli satu je. Jagung kukus dia memang best, merecik hingga ke jiwa...hihihihihi..

Rugi tidak cuba... senang-senang jemputlah singgah... Jangan tapau satu, pasti tak mencukupi... Kalau ada anak, mesti berebut... baik beli banyak-banyak.... 
hanya Rm3.50....


Ini bukti akak dah try tau... Tak sempat nak snap gambar jagung sebab dah selamat kena balun dengan tekak akak... hihihihihi

JURNAL SURAYA (coretan ke-2)

Seorang lelaki yang bernama suami. Yang selalu diharapkan dapat membimbing, melindunginya. Seseorang yang disangka dapat berkongsi suka dan duka. Adalah seorang lelaki yang menjadi parasit dalam hidupnya. Sekuat mana hati Suraya untuk hadapi sikap suaminya yang semakin berubah? Semakin berani menginjak maruahnya?
Salahkah seorang wanita yang mempunyai sakit untuk berasa bahagia. Sedangkan dia juga punya hati nurani untuk merasakannya.

Kejam hati lelaki itu, sanggup merobek hati yang suci. Mencalar nurani seorang wanita, sedangkan dia bukan siapa-siapa di muka bumi ini. Kuatlah Suraya, seperti mana dirimu kuat melawan sakit. Sekuat itu juga perlu engkau lahirkan dalam diri kau untuk harungi semua ini. Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuannya. Aku percaya Suraya mampu harunginya.

Andai dirimu tidak mampu melindungi mahligai yang dikau bina. Jangan sesekali berjanji pada Yang Esa. Sesungguhnya, hanya akan membuat dirimu lebih berdosa. Andai dirimu tidak mampu menerima seorang wanita seperti Suraya, jangan pernah sekali-kali dirimu cuba menyuntingnya, ia hanya akan menambah lara yang lebih dahsyat.

Suraya mampu harunginya, sampai bila dia mampu bertahan. Ujian buatnya semakin hebat dan dia menemui jalan buntu. Harapan untuk melihat sang suami berubah hanya satu angan-angan. Di mana akhirnya perkahwinan yang dibina? Mampukah dirinya meraih bahagia bersama sang suami?

Isnin, 20 November 2017

MINGGU AKHIR PERSEKOLAHAN

Musim cuti hampir tiba, berakhirlah sesi persekolahan tahun 2017. Ada yang akan meninggalkan sekolah tadika melangkah ke sekolah rendah. Ada juga yang akan meninggalkan sekolah rendah dan melangkah ke sekolah menengah. Ada yang habis form five dan melakang ke form six. Ada juga yang meninggalkan sekolah menengah dan melangkah ke istitusi pengajian tertinggi yang lain. Ada yang terus berkerja. Semuanya akan memulakan lagi fasa kehidupan yang lain. Tetapi kita masih di bulatan bumi yang sama. Berputar mengikut peredaran massa dan bertemu kembali ke titik mula. Di mana pun titik kita bermula, ingatlah kita tetap akan kembali semula ke titik itu.

Tetapi bukan itu yang ingin saya tuliskan di blog ini. Saya ingin bercerita tentang kisah anak-anak yang baru graduate pra sekolah. Merekalah harta ibu ayah yang paling berharga. Dari semalam saya menjelajahi facebook melihat sekian ibu bapa memuat naik gambar anak-anak mereka yang berjaya menamatkan sesi persekolahan tahun ini. Ada yang mendapat no satu. Ada yang mendapat mata pelajaran terbaik. Apa pun keputusan mereka, mereka telah berusaha buat yang terbaik. Secara tidak langsung mereka telah membagakan ibu dan ayah mereka. Aku juga tumpang gembira.

Aku juga sempat melihat facebook beberapa orang kawan yang seusia aku. Mereka telah pun menimang cahaya mata dan anak mereka telah pun tamat sesi pra sekolah. Cepat masa berlalu, tahniah kawan-kawan. Semoga anak-anak kalian membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Didik mereka dengan kasih sayang, dan cinta Allah. Mereka adalah amanah yang perlu kita lunasi sebaik mungkin.

Mereka masih kecil untuk membuat keputusan sendiri. Kita sebagai orang tualah harus membantu mereka merancang masa hadapan. Ambil waktu cuti ini untuk beramah mesra dengan mereka. Membuat perancangan awal, supaya mereka ada target untuk dituju. Setelah ada tujuan, kita ajarkan mereka untuk melaksanakannya stap by stap. Untuk berjaya, kita tidak boleh biarkan dia bertatih sendiri, sehingga dia mampu berjalan sendiri. Kemudian, tutup seketika diari 'Hala Tuju Hidup' tumpukan kepada riadah.

Musim-musim cuti, mesti ramai yang telah merancang untuk pulang ke kampung. Ada yang berencana untuk bercuti keluar Negara, melihat kecantikkan negara orang. Ada yang bercuti di dalam negara, menikmati alam flora negara sendiri. Ada juga yang hanya mampu melihat anak-anak kecil yang lain beriadah bersama keluarga masing-masing. 

Apa kata, pada tahun ini buat kelainan sedikit. Ajak anak-anak kita menziarah rumah orang-orang tua. Mengikuti program kemasyarakatan, seperti memberi bantuan pada anak-anak yatim. Terapkan nilai moral dalam diri mereka. Ajak mereka ke kelas-kelas agama, sambil menimba ilmu, hubungan kekeluargaan juga bertambah erat.
Sekadar cadangan, terpulang untuk di terima atau menolak, tiada pemaksaan.

Apa pun selamat bercuti semua. Nanti saya celoteh lagi di blog ini.

JURNAL SURAYA

Kisah yang sangat menyentuh hati. Jurnalnya sarat dengan pengalaman dia melawan sakit.

Kisah ini menjentik hati kecil aku untuk terus menjelajahinya hingga ke akhir. Kuatnya diri dia melawan segala kesakitan dan ujian yang Allah berikan padanya. Tidak pernah dia rasa itu satu kekalahan. Inilah kemenangan sebuah kehidupan.

Hatinya terus cekal, melawan segala kesakitan. Berusaha membuat insan-insan disekelilingnya bahagia, biar dia tertempias rasa luka. Kekuatannya melawan sakit kanser memberi kekuatan kepada rakan-rakannya yang senasib dengan dia.

Hidup itu pastinya mati. Mereka sedar kematian itu pasti mereka hadapi dan mereka telah bersedia untuk menghadapi kenyataan itu. Kesakitan bukanlah faktor untuk mereka menyerah pada takdir hidupnya, itulah saat dia perlu berjuang hingga keakhir nafas.

Adakah kita sekuat dan setabah Jurnal Suraya? Terluka akibat pisau, kita menangis tidak berhenti. Sedangkan mereka melawan kesakitan dari dalam, yang membunuh secara diam. Namun mereka tidak pernah liat memanjatkan syukur dan doa pada Yang Satu.

Mereka masih berkerja seperti biasa, bergembira bersama kawan-kawan yang lain. Tidak pernah mereka berkata itu satu beban. Pada kita yang berkudrat sihat, selalu mencari alasan. Mereka tetap utuh mengorak langkah, saat melihat satu persatu teman senasib mereka rebah. Ini kerana mereka tahu, perjalanan hidup di dunia adalah untuk mencari bekal di akhirat-Nya. Perjalanan di dunia adalah persiapan hidup di syurga-Nya. Dunia adalah kehidupan sementara.

Jurnal Suraya terhenti di sini... Insya-Allah saya akan sambung lagi nanti.

Khamis, 21 September 2017

KOMPLOT ANEKDOT

Komplot anekdot adalah gabungan 21 orang penulis.

Anekdot bermaksud, cerita ringkas atau pendek yang lucu atau menarik. Penuh punchline atau pickup line yang menyentap hati. Cerita seperti ini mula di kenali di Negara jiran iaitu Indonesia. Kini mula menular ke seluruh Negara. Setiap anekdot yang di tulis penuh kata-kata yang membina dan mencuit hati.

Contoh kisah suami isteri yang dapat saya kongsikan:
 
   "Abang makanlah karipap ini."

   "Hmm..."

  "Aik? Tak minat ke? Biasanya, kalau saya hidang karipap, laju je abang ambil. Ngap je terus panas-panas."

   "Abang bukan tak minat."

   "Habis tu?"

 "Jemu dah, asyik-asyik awak masak. Abang ingat nak cari cik mek molek la. Mengancam!"

"Amboi, abang! Mentang-mentang saya ni dah tua, dah berkedut, lemak sana sini, abang nak cari yang lain pulak ya?"

"Awak merepek apa ni? Abang kata nak cari kuih cik mek molek."


    (Di nukil oleh Syahida Hassan)

   Selain kisah ini, terdapat juga kisah antara anak murid dan guru.

  Contoh yang boleh saya kongsi :

   "Makhluk apa yang dijadikan daripada cahaya?"

"Malaikat!"

"Betul tu, jadi kita perlulah bersyukur dan beriman kepada Allah yang telah menyayangi kita."

"Cikgu..."

"Ya Ali."

"Malaikat dicipta daripada cahaya. Manakala, cikgu pula dicipta untuk menjadi cahaya hidup kami."

(Di nukil oleh : Fadiyanur)

Selain kisah ini, terdapat juga kisah antara pesakit dan doktor, anak dan ibu yang pasti mencuit hati.

Itu lebih mengetahui kisah-kisah yang menarik ini, saya telah berbesar hati untuk memberi harga istimewa dan free postage.

Semenanjung RM20 dan Sabah / Sarawak RM22.

Rabu, 16 Ogos 2017

LAMAN SESAWANG FADIYANUR: RM20 termasuk posSelamat petang Tribunal Cinta...

LAMAN SESAWANG FADIYANUR:

RM20 termasuk pos

Selamat petang Tribunal Cinta...
: RM20 termasuk pos Selamat petang Tribunal Cinta, adalah buku ke-lima saya. Hasil garab yang penuh emosi, saya abadikan kisah cinta i...

LAMAN SESAWANG FADIYANUR: PRA-ODER TERAWAL : RM25 TERMASUK POSAlhamdulillah,...

LAMAN SESAWANG FADIYANUR: PRA-ODER TERAWAL : RM25 TERMASUK POSAlhamdulillah,...: PRA-ODER TERAWAL  :  RM25 TERMASUK POS Alhamdulillah, buku terbaru saya. Ini adalah buku yang ke-tujuh dari saya. Saya tidak meyangka ...


RM20 termasuk pos

Selamat petang Tribunal Cinta, adalah buku ke-lima saya.

Hasil garab yang penuh emosi, saya abadikan kisah cinta itu. Setiap kisah di dalam buku ini telah mendapat komentar dari KAUNSELOR CINTA yang sangat berpengalaman.

Mari luncuri kisah yang pasti membuat air mata anda mengalir. Saya sendiri telah menitiskan air mata saat membaca kisah-kisah penulis Tribunal Cinta. (Sesungguhnya cinta tidak harus memiliki, namun terus terpahat abadi di kotak memori.)

PRA-ODER TERAWAL : 

RM25 TERMASUK POS

Alhamdulillah, buku terbaru saya. Ini adalah buku yang ke-tujuh dari saya. Saya tidak meyangka cerita saya dapat menjentik hati penerbit KTR.

Kamu semua tahu tak apa itu anekdot? Anekdot adalah cerita ringkas yang kaya dengan punchline atau sesuatu impak yang menarik. Tak semestinya lucu, tapi ada impak. ' Santai tapi power. '

Dalam KOMPLOT ANEKDOT yang bakal diterbitkan oleh KTR Press ini, telah mengumpulkan lebih 100 buah anekdot hasil kreativiti 21 orang penulis berbakat. Yang pasti sentap!

Dan kisah-kisah yang pasti membuat anda tidak kering gusi tertawa. Sesuai untuk semua peringkat umur.