Aku masih sayang. Mungkin mudah untuk orang sekeliling mengatakan sabar, tetap kuat, tabah dan move on. Namun hati ini yang merasa, sakit, sedih, kecewa.
Bukan hati tidak melawan perasaan tu. Semakin aku lawan, semakin kuat perasaan tu. Aku berusaha melupakan dia, tapi dia tetap datang dalam ingatan.
Setiap kenangan menari-nari dalam fikiran. Setiap hari ada sahaja kenangan kami. Bagaimana aku dapat menyingkirkan dia jauh dari fikiran ku. Sungguh mudah mengungkapkan pergi. Mudah mengatakan benci. Dan hati tidak mudah berubah sekelip mata.
Aku berbisik pada hati aku. "Nyahkan segala rasa yang ada buat dia. Hilangkan dia dari memori. Lupuskan setiap kisah kami. Aku sakit, sakit yang teramat sakit.
Mudah engkau berbicara, kau kata aku seperti insan tiada pedoman. Kau merasa apa yang aku rasa kini. Kau campakkan aku jauh dari sisi kau.
Aku tahu kau sedang bahagia. Mudahnya kau move on. Aku berharap aku juga mudah untuk menghilangkan kau dari kamus hidup aku.
Namun semakin kuat rasa sayang buat diri kau. Aku nak kau tahu itu. Tapi aku yakin kau tidak akan pernah hiraukan aku lagi. Sudah benci katakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan