Cari Blog Ini

Rabu, 27 Disember 2017

Melepaskan Dia

Memikirkan dirinya cukup membuat aku sedih. Bagaimana untuk melepaskan dia? Aku sering berbisik pada hati aku sendiri. "Mengapa perlu menyedihi pada sesuatu perhubungan. Sedangkan hubungan sesama insan bersifat sementara." Kata-kata itu tidak dapat meleraikan sedih di hati.

Lagi sekali mata aku berkaca. Sakitnya tidak tertahan. Semakin berat aku fikirkan, semakin sukar aku melepaskan. Dan aku harus lepaskan. Bagaimana? Itu persoalan yang perlu aku leraikan.

Sayang tidak seharusnya bersatu. Cinta tidak bererti bersama. Harapan ingin melihat diri awak berubah menjadi lebih baik. Akan saya nantinya tiba. Berubahlah awak, hanya itu yang saya mahu. Bahagia dengan wanita yang lebih baik. Saya akan melihat awak dari jauh, mendoakan awak dalam diam. Awak terlalu saya sayang.

Melepaskan awak pergi, amat berat rasa di hati. Demi kebaikan semua, akan saya cekalkan sepenuhnya. Maafkan saya, tidak dapat menemani awak hingga hujung nafas saya. Semoga kita bertemu dan bersama di akhiratnya kelak. Awak yang saya sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan